Tuesday, March 22, 2011

AYAM VS SAYUR

Syor ambil lebih sayur, ikan


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menyarankan pengguna untuk mengurangkan pengambilan ayam dan menggantikan dengan makanan lain seperti daging atau ikan bagi membantu menurunkan harga ayam di pasaran.

Pengarah Komunikasi (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata langkah mengurangkan permintaan ayam itu diyakini mampu menstabilkan harga di pasaran yang kebiasaannya bergantung kepada jumlah permintaan pengguna.


Mohd Yusof berkata, gaya pemakanan rakyat negara ini yang menjadikan ayam sebagai makanan ruji terutama kanak-kanak sepatutnya diubah bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan makanan itu.

“Ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mengimbangi pola pemakanan harian dengan mengambil lebih sayur-sayuran dan ikan bagi mengurangkan permintaan ayam, sekali gus melahirkan generasi sihat,” katanya mengulas kenaikan harga ayam yang dijangka stabil menjelang April depan. Semalam Harian Metro melaporkan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, masalah kenaikan harga ayam berpunca daripada empat faktor utama antaranya permintaan tinggi, kejadian banjir, penyakit sampar yang menyerang ladang ayam dan harga makanan ayam yang meningkat.


Mohd Yusof berkata, selain itu, Fomca mencadangkan supaya kerajaan menghasilkan bahan makanan ayam keluaran tempatan bagi mengurangkan kos pembelian bahan makanan ayam dari negara luar antaranya China.


“Sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan ini, ia bukan saja mampu mengatasi masalah kenaikan harga ayam yang turut berpunca daripada kenaikan harga bahan makanan yang diimport, malah dapat mengurangkan kos pembelian sedia ada,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, Fomca berharap masalah kenaikan harga ayam yang menghantui seluruh rakyat tempatan ini diatasi dalam tempoh yang dijangkakan selain menyeru pengguna supaya lebih bijak dalam membuat keputusan sebelum membeli barangan.

No comments:

Post a Comment