Sunday, October 18, 2009

PUASA 6

Ganjaran besar puasa 6
BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.
Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat. Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat. Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat. Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal."Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

Monday, September 28, 2009

PERANAN KOMUNITI TERHADAP KANAK-KANAK

RATU
Kerangka peranan, pembabitan anggota masyarakat lebih jelas

KANAK-KANAK adalah antara kumpulan dalam masyarakat yang dianggap paling lemah, tidak mempunyai kuasa dan mempunyai keupayaan sedikit untuk mendapat maklumat, sokongan serta bantuan apabila mereka memerlukan semua itu. Justeru, pembentukan Dasar Kanak-kanak Negara dan Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara jelas memperlihatkan kewujudan kanak-kanak bukanlah kelompok biasa yang tidak dipedulikan, sebaliknya sentiasa diberikan perhatian paling utama oleh kerajaan. Pengarah Kajian Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata dengan adanya kedua-dua dasar berkenaan ia akan memberikan impak kesedaran lebih tinggi kepada masyarakat di negara ini untuk menjaga keselamatan serta memastikan kesejahteraan kehidupan seorang kanak-kanak.
Mohamed Fadzil berkata, walaupun undang-undang sudah ada untuk menjaga dan melindungi kanak-kanak di negara ini, dengan adanya kerangka yang lebih jelas mengenai hak kelangsungan hidup, perlindungan dan penyertaan kanak-kanak ia akan mempercepatkan lagi ke arah perkembangan serta kesejahteraan lebih baik. Katanya, selain itu apa yang ditetapkan dalam dasar itu dapat dicapai mengikut jangkaan tertentu seperti yang disasarkan. “Dasar yang ada secara automatik memperlihatkan inti pati yang cukup jelas dan dengan itu semua pihak terbabit ada tanggung jawab masing-masing yang perlu dilaksanakan. Contohnya, ibu bapa sekurang-kurangnya tahun apa yang dibuat untuk meningkatkan potensi perkembangan anak mereka. Begitu juga dengan institusi dan agensi yang lain, perlu laksanakan apa yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka,” katanya.
Mohamed Fadzil turut menjangkakan dasar yang diwujudkan dapat diterapkan dengan cepat dalam diri masyarakat di negara dan tidak nampak ia satu masalah besar untuk memenuhi serta mengamalkan apa yang sudah ditetapkan. Sementara, Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Norizan Muda turut menyokong penuh dan menyambut baik dengan kewujudan kedua-dua dasar berkenaan. Norizan berkata, sebagai agensi kerajaan yang terbabit secara langsung dengan pengasuhan, pembangunan dan perkembangan kanak-kanak di negara ini, Kemas akan turut mengambil tindakan segera dan sewajarnya bagi memenuhi dasar yang sudah ditetapkan itu. Katanya, antara langkah yang bakal diambil ialah memastikan pengambilan pembantu pusat asuhan dan guru tadika dibuat dengan lebih berhati-hati dan teliti, bukan lagi sekadar hanya memenuhi syarat atau kelayakan ditetapkan sebelum ini.
“Apabila kanak-kanak diletakkan di taska dan tabika Kemas, adalah tanggungjawab kami sepenuhnya untuk memberikan pengawasan yang terbaik kepada mereka sepanjang berada di pusat jagaan itu. Kami juga sedar kes kecuaian terhadap kanak-kanak bukan saja dilakukan oleh ibu bapa tetapi juga individu yang diberikan tanggung jawab dan kepercayaan untuk mengasuh dan menjaga mereka. “Jika sebelum ini Kemas membuat pengambilan tenaga kerja berdasarkan syarat dan kelayakan semata-mata, tetapi kini mungkin lebih berhati-hati termasuk kemungkinan memeriksa latar belakang dan membuat pemeriksaan kesihatan. Ini kerana masalah penyakit mental misalnya, mungkin tidak dapat dikesan ketika sesi temu duga dibuat. Kami sedar, sekiranya tenaga kerja itu ada masalah kesihatan mental, ia tentu mendatangkan risiko terhadap keselamatan kanak-kanak di bawah jagaannya,” katanya. Pengarah Projek Childlina Malaysia, P H Wong, pula berkata kedua-dua dasar itu memang amat penting dan memang tepat pada masanya diperkenalkan, tambahan tahun ini adalah ulang tahun ke-20 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC). “Saya berharap semua pihak termasuk agensi kerajaan dan juga NGO aplikasi dasar berkenaan apatah lagi selama ini, banyak usaha dibuat bagi memastikan kanak-kanak di negara mendapat hak yang sewajarnya. Selain itu saya juga berharap, lebih banyak usaha lagi dibuat bagi meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan juga masyarakat mengenai pentingnya kanak-kanak di negara ini menikmati kesejahteraan hidup dalam persekitaran yang selamat dan kondusif,” katanya.

Cetak artikel Hantar pada kawan

Monday, September 14, 2009

BLACK HISTORY

.khad1,
.khad1:link,
.khad1:visited,
.khad1:active {
color:#3366CC;
text-decoration:underline;
border-bottom:#3366CC 1px solid;
}
.khad1:hover {
color:#c03;
text-decoration:underline;
border-bottom:#c03 1px solid;
}
.khad2,
.khad2:link,
.khad2:visited,
.khad2:hover,
.khad2:active,
text-decoration:none;
border-bottom:none;
}
RENCANA UTAMA
Catatan sebuah sejarah hitam
Oleh HAFIZ HAMZAH
HIDEKI YUKAWA bijak melahirkan rasa sedih kepada pembaca.
PUKUL 8.15 pagi, 6 Ogos 1945 adalah tarikh dan hari paling muram dalam sejarah kemanusiaan. Pada waktu itu, 600 meter dari paras muka bumi Hiroshima sebuah bom meletus menamatkan sekali gus satu permulaan.
Apa yang ditamatkan ialah satu garis kemanusiaan di atas nama kekuasaan, manakala yang dimulakan ialah satu kehidupan yang mati bagi mangsa pasca serangan yang cukup meruntun jiwa.
Hiroshima, sebuah bandar yang kini giat membangun dengan tema paling universal 'keamanan' sebenarnya masih belum mampu untuk melupakan sejarah hitam itu.
Mungkin itu tidak akan berlaku berlaku sama sekali. Kesayuan masih lagi tersisa di jalan-jalan raya dan raut wajah penduduknya yang kini berjumlah 1.2 juta orang itu.
Sewaktu bom atom itu gugur, populasi bandar itu sekitar 300,000 orang. Pada pagi itu juga separuh daripada jumlah nyawa berkenaan lenyap serta-merta. Selebihnya hidup seperti bangkai yang keliru sebelum bantuan tiba di Hiroshima.
Kini, di tengah-tengah bandar itu, kenangan yang sengaja ditinggalkan sejak kejadian tersebut ialah sebuah bangunan konkrit dengan kubah yang hanya tinggal rangka. Pada asalnya berdiri sebagai Hiroshima Prefectural Industrial Promotion Hall.
Peringatan
Ia ada di situ sebagai tanda peringatan terhadap kemusnahan kerana disebabkan oleh binaan konkrit dan bukan kayu seperti kebanyakan bangunan dan rumah lain di sekitarnya ketika itu.
Tidak jauh dari tapak itu, didirikan taman peringatan Hiroshima Memorial Park sebagai sebuah pusat dokumentasi sejarah khusus untuk serangan bom berkenaan.
Walaupun dibangunkan dengan kemas dan serba baru serta canggih, namun ia masih tidak mahu menyembunyikan realiti.
Di dalam salah satu daripada bangunan itulah buku ini diperoleh. Di satu sudut, buku itu menggamit perhatian kerana menjadi satu-satunya daripada barisan cenderamata yang ada seperti mempunyai gejolak rasa dan emosi.
Perkara yang tercatat di dalam buku itu yang sudah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris, boleh dibaca sebagai catatan-catatan peribadi mereka yang terdedah kepada radiasi nuklear itu sendiri, termasuk juga tulisan-tulisan warga Jepun dari serata pelosok negara itu.
Sejarah Hiroshima mungkin boleh dibaca dari merata sumber dengan Internet juga mempunyai keupayaan itu.
Tetapi, cerita-cerita yang ada di dalam buku itulah adalah suara-suara yang jujur menceritakan tentang pengalaman yang menyayat hati dan ngeri.
Walaupun ditulis sebagai bait-bait sajak dan puisi, perkara itu sebenarnya perlahan-lahan ditenggelamkan oleh kejelasan dan realiti setiap satu insiden yang disampaikan secara terus dan mudah tanpa kias.
PENGEBOMAN Hiroshima mencatat satu sejarah hitam yang meruntun jiwa.
Sedih
Daripada tulisan-tulisan itu jugalah pembaca akan memasuki satu situasi yang cukup merimaskan dan menyedihkan tanpa disedari. Antara mereka, ada yang menceritakan tentang pengalaman sebagai mangsa yang berada dalam keadaan keliru sebaik bom itu meletup. Masing-masing sarat dengan pertanyaan tanpa jawapan.
Ada juga yang menceritakan pengalaman tinggal di bawah tanah, dengan segala kecederaan tidak terawat. Termasuk menyambut kelahiran seorang bayi seperti yang dicatatkan oleh Sadako Kurihara;
"Suatu malam di lantai bawah sebuah
bangunan runtuh,
ruang tanpa walau satu pun lilin
dipenuhi oleh orang-orang cedera
akibat bom atom.
Bau darah, rasa ngeri kematian dan
busuk peluh,
Sesak dan erangan sakit.
Dan dari tempat ini juga kedengaran
suara menjerit;
'Ada bayi yang hendak dilahirkan.' "
Getir
Kita tidak dapat membayangkan bagaimana akhirnya.
Namun, seperti yang terkandung di dalam buku itu ia bukanlah cerita fiksyen yang dikarang di sebuah meja lebar dan kerusi empuk. Kisah-kisah itu lahir dari jalan-jalan dan ruang-ruang di antara Hiroshima dan Jepun, yang dulunya pernah mencatat sejarah-sejarah luka ini.
Membaca catatan-catatan itu melahirkan satu perasaan kemanusiaan secara natural kepada pembaca. Secara tak sedar juga kita seperti merasa terdesak untuk bersetuju dengan menjadikan keselamatan dan keamanan sebagai satu elemen yang amat penting.
Ia juga berbicara tentang kebejatan senjata nuklear. Dalam diam-diam, kita juga akan meminta mereka yang masih dengan kehalobaan untuk terus bergelumang membangun senjata nuklear dikutuki.

Monday, August 31, 2009

AGUNGNYA SYARIAT ALLAH

Tazkirah Remaja: Betapa agung syariat Allah haram babiBersama Mohd Zawawi Yusoh
MEMANG terkejut melihat dalam Youtube mengenai satu ujian yang sangat mudah iaitu dengan mengambil dua potongan daging babi dan diletakkan dalam bekas besi, kemudian dicurahkan air minuman berkarbonat ke atas daging babi itu.Selepas dibiarkan dua jam, kelihatan begitu banyak sekali ulat kecil merayap keluar dari daging babi itu.
Terkejut sangat tengok itu kerana dua perkara; pertama dahsyatnya dan jijiknya daging itu. Kedua, bangga menjadi Muslim betapa agungnya syariat Allah yang mengharamkan makan daging babi dan betapa al-Quran memang kitab petunjuk dari langit dan segala terkandung di dalamnya yang berbentuk suruhan wajib ikut dan terlarang mesti dihindari.Kalau nak tengok dengan jelas lagi cuba semak ayat al-Quran iaitu pada surah al-Maaidah, ayat 3 yang bermaksud: "Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah, daging babi dan daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah..."Semak lagi surah al-Ana'am ayat 145, yang bermaksud: "Katakanlah tidak ku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi."Pengharaman babi dalam al-Quran sepatutnya dikaitkan dengan wabak dahsyat yang sedang melanda dunia, termasuk negara kita Malaysia iaitu H1N1 yang sudah meragut berpuluh nyawa. Subhanallah, Maha Suci Allah yang mengetahui keburukan apa yang dicipta-Nya. Jika Allah kata tak boleh, rupanya sangat bahaya sama ada pada daging babi itu ataupun akibat daripada jangkitan babi itu sendiri.Hasil kajian barat, babi membawa virus dan sejenis kuman yang tidak mati 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa 70 jenis penyakit. Dalam menghadapi situasi ini kita bertanya mana kehebatan negara kuasa besar dunia yang tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya serta kalangan saintis? Mereka sedang mengkaji, tetapi jangan lupa kemarahan Allah terhadap mereka yang melupai peringatan-Nya. Amat menakutkan akibat dari babi ini, H1N1 berjangkit tanpa henti dengan begitu pantas, hanya bermediumkan udara yang boleh disedut di mana-mana - di pusat beli-belah, tempat letak kereta, kedai kopi, stadium dan perhimpunan. Ia tidak begitu terasa, tetapi sedar tak sedar, ia bergerak begitu pantas. Anda juga tidak berasa takut dan gerun selagi tiada orang terdekat anda yang terkena, sekurang-kurangnya kena kuarantin.Kedahsyatan penyakit H1N1 yang kita sedang hadapi ini baru sebahagian kecil serangan bahaya babi yang Allah kata. Bahaya ini tak masuk lagi pengharaman lain yang lama dilaknat Allah, tetapi masih berleluasa dalam masyarakat kita dilakukan bukan sahaja secara sembunyi lagi, sebaliknya sudah berbangga sambil menunjuk-nunjuk seperti persundalan.Yang paling menakutkan kita masih 'pekak' dengan kemurkaan Allah. Biasanya apabila dah reda sedikit sesuatu wabak atau bala kita akan lupa semula Allah. Lupa apa yang Allah larang, balik asal buat ingkar. Apabila kena bala baru semua sepakat berdoa Allah, mula rajin solat tetapi apabila sudah sihat lupa lagi Allah. Begitulah kedegilan sebahagian kita."Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya."Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Begitu cepat ia merebak. Jangan lupa gunakan kuasa doa sama ada doa biasa ataupun doa dengan qunut 'naazilah'".Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada, semua dengan izin Allah semata-mata.
Emel Artikel Cetak Artikel

Monday, August 10, 2009

KARKATAU....O..KARKATAU

Krakatau kembali hantui penduduk
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
Saintis berjaya merakamkan gunung berapi kembali 'hidup' selepas 126 tahun tidur LEBIH seabad menyepi selepas meluahkan lahar yang memakan ribuan korban, gunung berapi Krakatau kini kembali mempamerkan isyarat membimbangkan penduduk berhampiran dan saintis yang mengagak letusannya kali ini mungkin lebih dahsyat. Dengan ketinggian 356.76 meter dari aras laut Selat Sunda, gunung berapi paling menggerunkan itu sedia menggegarkan muka bumi ini sekali lagi. Kali terakhir ia memuntahkan lahar pada 1883 yang menyaksikan lebih 36,000 orang terkorban, sekali gus mengubah cuaca dan suhu global selama lima tahun selepas itu.
Letusan amat dahsyat dan bencana yang ditinggalkan begitu mengerikan dan tidak mampu ditandingi kerosakan dilakukan gunung berapi zaman moden, malah letusan menakjubkan Gunung St Helen di Amerika Syarikat pada 1980 masih terlalu kecil dibandingkan dengan amukan Krakatau. Hampir 126 tahun sehingga baru-baru ini sejak Krakatau pertama kali menunjukkan tanda-tanda ia aktif semula, gambar menakjubkan berjaya dirakamkan membuktikan saki baki gunung berapi yang satu ketika dulu tersergam lebih gagah berbanding sekarang mula menggelegak dan lavanya melimpah ruah. Kini, selepas hampir seabad setengah berlalu, ramai mula tertanya-tanya adakah penduduk dunia bakal berdepan dengan kuasa menakutkan Krakatau sekali lagi. Apatah lagi ia megah menunjukkan isyaratnya - lahar jingga terang disembur ke udara, asap hitam tebal bercampur dengan awam dan kesuraman malam digugat dengan sinaran merah.
“Ramalan gunung berapi semakin baik tetapi kita tidak mampu meramal sepenuhnya letusan yang besar dan luar biasa kerana ia memang luar biasa,” kata Pengerusi Sains Bumi di Universiti Durham, Profesor Jon Davidson, juga pakar gunung berapi yang mengkaji amukan terdahulu Krakatau. Rekod rasmi menunjukkan ketika kejadian pada 1883 itu, bersama-sama tsunami setinggi 36 meter yang dicetuskan, memusnahkan 165 kampung dan pekan, merosakkan dengan teruk 132 kampung lagi dan meragut 36,417 nyawa. Selepas 150 tahun kemudian, wilayah yang menjadi lokasi Krakatau antara Pulau Jawa dan Sumatera di Indonesia semakin padat, dengan petani ditarik ke kawasan itu kerana tanahnya yang subur. Tidak sukar membayangkan beratus ribu bakal menemui ajal jika satu lagi letusan kuat berlaku. Namun, wujud keraguan jika Krakatau meletus sekali lagi dengan kekuatan sama, impaknya akan jauh lebih dahsyat berbanding yang disaksikan pada abad ke-19.
“Gunung berapi mengulangi letusan seperti pada 1883 banyak kali. Pandangan biasa ialah Krakatau akan sekali lagi menjadi amat bahaya apabila mencecah saiz seperti pada 1883. Namun kini ia dua kali lebih kecil,” kata Marco Fulle, saintis dan pakar kaji bintang dan pakar gunung berapi kelahiran Itali yang merakamkan gambar itu. Bagaimanapun, tiada jaminan dapat diberi sama ada satu lagi letusan tidak akan berlaku pada masa terdekat. Dalam kejadian pada 1883, kapal Jerman, the Elizabeth, melaporkan melihat debu dan asap menyelubungi pulau Krakatau pada ketinggian lebih 11,000 meter ke udara pada pagi 20 Mei. Menyusul beberapa bulan selepas itu, hanya ada asap, bunyi bising dan semburan debu. Masalah itu tidak mendorong penduduk tempatan meninggalkan kawasan berkenaan, sebaliknya pertunjukan bunga api semula jadi itu menjadi tarikan. Semua itu berubah serta merta selepas tengah hari 26 Ogos apabila kejadian pertama siri letusan besar menyemburkan serpihan abu panas sehingga 35,000 meter ke udara dan kemudian pada jam 5.30 pagi keesokan hari, empat letusan besar menenggelamkan dua pertiga daripada kepulauan itu. “Ia adalah keberkesanan campuran magma dan air laut yang menjadikan letusan itu amat berkuasa. Air dapat memasuki ruang magma dan hasilnya, kepulauan itu musnah sama sekali,” kata Profesor Davidson. Pada asalnya setinggi 816 meter, Krakatau tenggelam sedalam 249 meter ke dalam laut. Seorang mangsa yang terselamat menceritakan saat tsunami melanda pada pagi itu. “Kami melihat satu benda hitam yang besar datang ke arah kami. Ia amat tinggi dan tidak lama kemudian kami menyedari ia air laut. Pokok dan rumah dihanyutkan. Kami berlari menuju ke satu tempat. Keadaan amat kelam kabut dan seorang demi seorang dihanyutkan air,” katanya. Beberapa tahun selepas itu, persekitaran Krakatau senyap sunyi. Bagaimanapun, pada 1927, wap dan batu dilihat menggelegak di dalam air dan tidak lama kemudian Anak Krakatau muncul dari dalam laut. Pada November 2007, gunung berapi itu mula menunjukkan tanda mahu menunjukkan kuasa sekali lagi tetapi penduduk berasa mereka sudah selamat apabila ia tiba-tiba senyap tahun lalu. Bagaimanapun, pada musim bunga tahun ini, Anak Krakatau menggegar semula. Letusan cukup menakutkan hingga menyebabkan berlaku ribut petir. Namun bagi sebahagian yang lain seperti Prof Davidson masih curiga satu lagi letusan besar akan berlaku tidak lama lagi. “Tidak terdapat cukup magma. Daripada melakukan ramalan seperti ini, saintis lebih bertanggungjawab melakukan apa yang terdaya untuk meminimumkan risiko penduduk yang tinggal berhampiran. Kami semakin baik dalam perkara itu,” katanya. Menjadikan peristiwa pada 1883 sebagai iktibar, penduduk di Selat Sunda cuma boleh berharap dan berdoa semoga kali ini saintis betul kerana ketentuan Allah tidak boleh diduga. Info
Krakatau memiliki kuasa letupan 13,000 kali lebih kuat daripada bom atom yang memusnahkan Hiroshima ketika Perang Dunia Kedua.
Purata suhu global berikutan letusan itu jatuh sebanyak 1.2 darjah Celsius
Lebih 90 peratus mangsa Krakatau maut akibat tsunami
Letupan dapat didengar sehingga 3,040 kilometer ke Perth dan 7,200 kilometer ke Sri Lanka
.

Wednesday, August 5, 2009

JANA TENAGA ELEKTRIK

Guna nuklear jana elektrik efisien, selamat

KENYATAAN Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak baru-baru ini mengenai hasrat negara membangunkan reaktor nuklearnya sendiri adalah sesuatu yang patut dialu-alukan rakyat demi memastikan negara terus mempunyai bekalan tenaga elektrik yang mencukupi. Lawatan beliau ke Korea Selatan pada penghujung Mei lalu mungkin `membuka mata` sehinggakan Perdana Menteri meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili mengunjungi negara itu bagi meninjau teknologi nuklearnya. Kesungguhan kerajaan juga boleh dilihat menerusi penyediaan kertas Kabinet mengenai cadangan menjadikan nuklear sebagai sumber tenaga alternatif, yang sedang diperhalusi sebelum dijadualkan untuk pembentangan bulan ini.
Sebenarnya, isu mengenai tenaga nuklear sudah lama diperkatakan dan gesaan demi gesaan dibuat agar negara segera mengambil langkah melaksanakannya sebelum negara kehabisan sumber tenaga. Tetapi, ia masih belum dapat dilaksanakan berikutan banyak kritikan daripada pelbagai pihak, yang gagal melihat senario ini secara menyeluruh. Hakikatnya, kita memerlukan tenaga untuk hampir semua perkara dalam kehidupan harian. Pendek kata, gangguan bekalan elektrik di kediaman, pejabat, pusat beli-belah dan kilang mengundang masalah jika tidak diatasi segera. Jika kita mahu terus dijamin kemudahan bekalan elektrik sempurna, sudah tiba masanya kita bersikap terbuka dengan menerima cadangan membangunkan teknologi nuklear boleh mem-berikan banyak manfaat kepada negara dan rakyat.
Dengan krisis ekonomi yang melanda dunia kini, adalah wajar bagi Malaysia untuk beralih kepada nuklear yang sememangnya diketahui lebih murah berbanding penggantungan kepada arang batu untuk penjanaan elektrik kerana bekalan bahan itu adalah tidak menentu dalam jangka panjang selain harganya yang sentiasa meningkat. Statistik menunjukkan Malaysia amat bergantung kepada gas asli bagi penjanaan elektrik iaitu sebanyak 64 peratus pada 2008 berbanding arang batu (28 peratus), hidro (8 peratus), diesel (0.1 peratus). Krisis tenaga pasti akan berterusan jika kita terus bergantung kepada arang batu, yang terpaksa kita import dari negara jiran dan Australia. Justeru, nuklear perlu dibangunkan sebagai sumber penjanaan tenaga baru di Malaysia dalam usaha memajukan lagi sektor perindustrian negara. Sudah tiba masanya bagi Malaysia untuk serius mengambil langkah dengan beralih kepada teknologi nuklear sebagai sumber tenaga alternatif yang lebih murah, bersih dan berpanjangan. Kita perlu ingat bahawa negara tidak mempunyai banyak pilihan memandangkan sumber asli seperti minyak dan gas semakin berkurangan. Saya sedar, ramai yang gusar apabila diajukan isu nuklear kerana bimbang berlakunya insiden di negara ini seperti kemalangan reaktor nuklear di Three Mile Island, Amerika Syarikat dan Chernobyl, Ukraine.
Sebenarnya, kejadian di Three Mile Island pada 1979 tidak mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan serta kecacatan kepada pekerja mahu pun penduduk berdekatan, manakala kemalangan di Chernobyl, Ukraine, ketika itu sebahagian daripada Kesatuan Soviet, mengakibatkan 47 kematian selepas terdedah kepada radiasi. Akibat kejadian itu, banyak negara mengambil langkah keselamatan dan bersama-sama memastikan dapat menjana tenaga nuklear lebih murah, bersih dan selamat. Selain itu, kecanggihan teknologi juga membuatkan penjanaan tenaga nuklear kini menjadi lebih efisien dan selamat. Oleh itu, sokonglah hasrat kerajaan membangunkan teknologi kuasa nuklear di negara ini. Bantuan kepakaran dari negara maju dari segi penggunaan tenaga berkenaan adalah sesuatu yang tidak harus ditolak begitu saja. Ini adalah masa yang amat sesuai bagi negara kita melangkah setapak lagi ke arah merealisasi hasrat menjadikan sumber tenaga nuklear sebagai satu lagi bahan alternatif bagi penjanaan tenaga elektrik. MOHD SUBKY SHARIF, Bandar Sri Damansara, Selangor.
innity_pub = "c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5";
innity_cat = "NEWS";
innity_zone = "3309";
innity_width = "**";
innity_height = "**";
Cetak artikel Hantar pada kawan
Iklan Teks

Sunday, August 2, 2009

BULAN,KUCING,MANUSIA,BOM


Kucing, manusia, bulan dan bom
Oleh Zin Mahmud
Minggu lalu, keluarga Ranon di Bangi berasa sedih. Tetapi bukan saja mereka. Jirannya juga bersedih. Ini kerana kucing mereka, bernama Blossom meninggal dunia akibat dilanggar kereta.
Manakan tidak, Blossom, walaupun makan di kediamannya tetapi setiap malam tidur di rumah jirannya. Menjadi teman tidur. Maka tentunya apabila dia sudah tidak ada, jirannya berasa kehilangan.
Setelah dikebumikan, keluarga itu serta jirannya mengumpul gambar-gambar Blossom yang sempat dirakam melalui kamera telefon selama ini untuk diabadikan sebagai kenangan.
Kucing seperti haiwan peliharaan lainnya mampu mewujudkan perasaan hubungan kasih sayang dengan manusia. Seperti antara sesama manusia.
Dua minggu lalu, seorang anak muda, Firdaus yang tinggal menyewa bersama lapan rakannya di sebuah rumah teres di Serdang menerima SMS memintanya supaya mendoakan Dol agar sihat daripada sakitnya.
Dol adalah rakan serumahnya juga. Tetapi dia kucing. Di atas papan kenyataan rumah itu, Dol turut disenaraikan sebagai penyewa rumah tetapi ditandakan sebagai tidak pernah membayar sewa.
Setelah Dol sembuh, Firdaus bercadang untuk membuat profil bagi Dol dalam facebook. Kemudian dirancang untuk mempelawa kucing-kucing lain untuk menjadi kawan Dol.
Blossom dan Dol adalah antara nama kucing yang diberikan oleh manusia kepadanya. Macam-macam nama yang pernah diberikan kepada kucing. Seorang pensyarah Universiti Malaya umpamanya pernah menamakan kucingnya Leonardo di Caprio. Ada yang bernama Mango. Memang manusia bebas menamakan kucing mereka. Maklumlah tidak perlu daftar dan tidak ada kucing yang akan memarahi mereka.
Kucing penulis yang paling diingati bernama Apollo. Masa itu penulis darjah empat. Kucing itu pun masih budak-budak. Tahun 1969. Lebih tepat lagi 20 Julai 1969. Hari Rabu. Nasib baik, pada masa itu penulis bersekolah di sebelah petang. Maka berpeluanglah penulis mendengar siaran langsung peristiwa pendaratan pertama manusia di atas bulan.
Melalui Radio Malaysia setelah mendengar celoteh juruhebah mengenai Apollo 11, maka akhirnya dapat disiarkan
suara angkawasan Neil Armstrong yang mendarat di bulan. Dengan suara yang berpecah-pecah dipancar melalui Houston, Texas, Armstrong menyatakan bahawa satu jejak kecil baginya tetapi adalah lonjakan bagi manusia.
Ketika itu, anak kucing itu melompat ke atas radio. Maka penulis pun menamakannya Apollo.
Tetapi sepanjang hidup penulis, sudah banyak kali mengangkat bangkai kucing untuk dikebumikan. Ada yang mati kerana sakit, tua dan juga dilanggar kereta. Setiap kali kucing mati, maka akan terasa kesedihannya.
Bernasib baik
Kucing-kucing itu semua bernasib baik mempunyai sahabat dari kalangan manusia yang memberikan mereka kasih sayang. Begitu juga dengan haiwan peliharaan lain seperti anjing dan iguana.
Bagi mereka yang tidak bernasib baik, haiwan-haiwan ini menanggung derita diseksa oleh manusia.
Begitu juga manusia bernasib baik apabila mereka hidup dipenuhi kasih sayang. Bagi mereka yang tidak bernasib baik, habis umurnya menanggung penderitaan kerana tidak disukai manusia
Jadi bukan dikira sama ada sasaran kasih sayang itu adalah haiwan atau manusia. Terhadap manusia pun, mereka boleh memberikan kebencian hingga tidak berasa apa-apa untuk melakukan pembunuhan.
Bukan saja membunuh orang yang tidak bersalah tetapi juga menghancurkan diri sendiri. Itulah apa yang berlaku di Jakarta Khamis lalu. Seperti tiga tahun lalu, pengebom-pengebom itu membunuh diri dan orang sekeliling tanpa belas kasihan.
Begitulah otak manusia. Mereka mampu membuat perkara-perkara yang bertentangan di antara satu sama lain. Ada manusia boleh memberikan kasih sayang kepada haiwan yang boleh dilayan seperti manusia juga.
Tidak kurang pula yang sanggup menghancurkan manusia yang lain, termasuk dirinya atas apa yang terdorong dalam otaknya. Kalaulah dengan diri sendiri pun, mereka sanggup memusnahkan, maka apatah lagi dengan makhluk lain, manusia dan haiwan.
Otak kucing mungkin lebih ringkas dan difahami. Mereka cuma mahu hidup dan membiak. Maka apabila didapati manusia menyayangi mereka, itu mudah bagi mereka untuk membalasnya.
Tetapi otak manusia begitu rumit dan kompleks. Di satu ketika, mereka boleh merancang hingga mampu menjejak kaki ke bulan, tetapi pada waktu lain, boleh merancang untuk membuat bom, meletupkan dan membunuh sesama manusia.
Ketika yang sama banyak pula aktivis yang bergiat menyelamatkan haiwan-haiwan daripada kepupusan. Dengan dana yang besar dan pelbagai usaha yang rumit mereka berusaha menyelamatkan penyu, beruang, jerung dan segala macam haiwan.
Apakah yang mendorong aktivis ini untuk berkorban tenaga dan benda bagi menyelamatkan haiwan? Otak manusia ini juga kompleks.
Namun begitu, apa yang dapat dilihat kebanyakan aktivis pencinta haiwan ini datangnya daripada negara-negara maju. Sementara pengganas yang cenderong untuk membunuh dirinya dan sesama manusia datangnya dari negara-negara mundur.
Maka tidakkah terdapat tanda-tanda bahawa nilai kemanusiaan itu datangnya daripada sikap yang turut menyayangi haiwan. Sementara apa yang boleh disifatkan sebagai tindakan kebinatangan, ia merujuk kepada manusia yang zalim kepada sesama manusia.

Tuesday, July 21, 2009

GERHANA....ooo..GERHANA

Gerhana paling lama
Oleh RAMLI ABDUL SAMAD
PEMINAT astronomi pastinya gembira menyaksikan fenomena luar biasa gerhana mata hari yang berlaku hari ini.
Fenomena sekali dalam tempoh beratus-ratus tahun ini bagaimanapun hanya dinikmati oleh sebahagian penduduk dunia sahaja. Gerhana berkenaan hanya melintasi rantau India dan China sahaja.
Ia berbeza dengan gerhana matahari biasa seperti yang berlaku pada 26 Januari lalu. Ketika itu ia dapat dilihat oleh rakyat negara ini walaupun ia lebih jelas di selatan Sarawak yang terasa jalur gerhana tersebut.
Bagaimanapun sebahagian besar kawasan negara ini berada dalam keadaan gelap pada sebelah petang. Lebih 80 peratus permukaan matahari tidak dapat dilihat di Semenanjung sementara di Sabah dan Sarawak, kegelapan adalah 95 peratus.
Gerhana jenis ini digelar gerhana tahunan. Ia berlaku dalam jarak waktu yang pendek, seperti selang satu atau dua tahun, akan muncul gerhana jenis ini.
Apa yang akan berlaku pada pertengahan pagi ini ialah terjadinya gerhana yang agak lama berbanding dengan yang berlaku pada setiap tahun. Gerhana matahari bermakna situasi bulan berada di antara bumi dan matahari. Ketika itu bumi tidak dapat menerima sinarannya kerana saat itu bulan menghalang sinaran matahari sampai ke bumi. Gerhana akan berlaku apabila bayang matahari kelihatan selama 6 minit 39 saat mengikut kiraan ahli astronomi.
Gerhana matahari akan kelihatan saat fajar menyingsing di Teluk Khambhat, utara Mumbai, India. Kemudian bayangan gerhana akan bergerak ke arah timur menyeberangi kawasan India, Nepal, Myanmar, Bangladesh, Bhutan, dan China sebelum berakhir di Samudra Pasifik.
Gerhana ini juga akan melintasi beberapa pulau di wilayah selatan Jepun dan terlihat terakhir kali dari Pulau Nikumaroro yang terletak di Pasifik Selatan. Salah satu daerah yang paling baik untuk menyaksikan peristiwa ini adalah seluruh kota Shanghai dan pulau-pulau di bahagian selatan Jepun yang akan tertutup oleh kegelapan pada siang hari.
Sebelum ini gerhana total matahari pernah terjadi pada bulan Ogos 2008 tetapi tempohnya adalah selama 2 minit dan 27 saat.
Satu lagi peristiwa gerhana penuh di Malaysia akan berlaku pada 20 April 2042 dan hanya Sarawak dan tidak Malaysia Barat akan dapat melihatnya. Kemudian kita kena tunggu 40 tahun lagi selepas tahun 2042 untuk melihat gerhana penuh persisnya pada 24 Ogos 2082.
Itu sebabnya orang mengatakan hanya sekali dalam hayat hidup seseorang itu boleh melihat fenomema gerhana matahari total. Tetapi bagi gerhana total yang begitu lama seperti yang terjadi hari ini, akan berulang semula dalam tempoh beratus tahun lagi sebelum terjadi lintasan bulan antara bumi dan matahari.
Ramai peminat mencari tempat khas bagi menyaksikan fenomena alam semesta unik ini. Bagi para ilmuwan pula mereka akan mengesan data daripada gerhana matahari ini sebagai acuan untuk membantu menjelaskan apa-apa saja struktur dari matahari dan mengapa timbul ledakan di permukaannya. Para ahli astronomi berharap gerhana dapat menyingkap sejumlah petunjuk tentang matahari.
Sayang, kali ini gerhana matahari penuh dan lama ini tidak dapat dilihat sepenuhnya di Malaysia kerana sebahagian saja piringan matahari yang tertutup dek bayangan bulan.
Cuma 45 peratus akan diliputi pada pertengahan pagi. Jutaan rakyat India, China dan Hawaii akan bernasib baik menikmati jalur gerhana sepenuhnya yang berlaku pada abad ke-21 ini.

Sunday, July 19, 2009

KEMBARA AGUNG KE LANGIT

Iktibar kembara agung ke langit
Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON
WALAUPUN setelah 40 tahun angkasawan Niel Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, rahsia langit luas masih kekal rahsia. Ia masih belum dapat dijangkau oleh akal manusia.
Malah manusia juga masih tidak mampu untuk memikirkan sesuatu kecuali berdasarkan apa yang dapat dicapai oleh pancaindera. Justeru itu, wahyu dan pertolongan Allah SWT sahaja yang boleh merungkai rahsia alam ini.
Sebagai contoh, peristiwa kembara agung perjalanan Rasulullah SAW ke langit. Ia menjadi bukti kepada orang yang beriman betapa Allah SWT sememangnya "Maha Berkuasa". Allah menjemput kekasihnya, Nabi Muhammad SAW menerusi suatu perjalanan menakjubkan dari Masjidilharam di Mekah, melalui ruang udara Madinah kemudian menuju ke Baitulmaqdis di Palestin.
Baginda kemudiannya dibawa naik melepasi langit ke tujuh untuk bertemu zat Allah SWT. Semua perjalanan itu hanya dilakukan dalam tempoh satu malam sahaja.
Peristiwa menakjubkan ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam firmannya: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Isra', Ayat 1).
Sehubungan itu, umat Islam diminta agar tidak menjadikan peristiwa ini sebagai acara peringatan tahunan yang hanya dipenuhi dengan sesi ceramah dan juadah enak sahaja tanpa berusaha untuk mengambil pelajaran daripada peristiwa itu.
Ini kerana banyak kewajipan agama sama ada yang tersurat mahupun tersirat boleh dijadikan pedoman untuk manusia memperkuatkan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah SWT. Antaranya ialah:
*Beriman dengan perkara ghaib
Peristiwa Israk Mikraj merupakan peristiwa ghaib yang pernah menyebabkan sebilangan masyarakat Arab menjadi murtad. Ini kerana mereka tidak dapat menerima perkhabaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW mengenai perjalanannya itu.
Apa tidaknya, perjalanan yang biasanya mengambil masa berbulan-bulan - Mekah ke Madinah ke Palestin - hanya dilakukan oleh Baginda dalam tempoh satu malam sahaja.
Namun perkara itu tidak boleh hanya disandarkan kepada logik akal semata-mata kerana peristiwa itu adalah benar dan telah ditempuhi sendiri oleh Rasullah SAW.
Maka, setiap umat Islam wajib percaya dengan perkara-perkara ghaib yang menjadi asas tauhid kepada Allah SWT. Ia bukanlah sesuatu yang begitu sukar, kerana di dunia ini terdapat banyak perkara yang dibuktikan oleh sains wujud tetapi tidak terlihat oleh pandangan mata kasar.
Contohnya, oksigen yang dihela oleh manusia setiap masa. Ia wujud walaupun tidak kelihatan pada mata kasar. Malah kewujudan oksigen dibuktikan secara saintifik dan ternyata sangat penting kepada manusia sebagai unsur utama untuk meneruskan hidup.
*Perintah wajib mengerjakan sembahyang
Ibadah sembahyang yang difardukan oleh Allah SWT pada malam Israk dan Mikraj itu merupakan suatu kaedah unik yang diadaptasikan daripada perlakuan malaikat bagi melaksanakan tanggungjawab ibadah kepada Allah SWT.
Setiap umat Islam wajib melaksanakan perintah ini. Dalam apa jua situasi tanpa sebarang persoalan atau bantahan. Sembahyang lima waktu yang difardukan oleh Allah SWT juga merupakan tiang agama yang wajib dilaksanakan dengan penuh rasa khusyuk sambil mengharapkan keredhaan-Nya.
Bahkan ia termasuk perkara pertama yang akan dihisab di Hari Kemudian. Pelbagai hukuman disediakan oleh Allah SWT kepada mereka yang ingkar. Ia sebenarnya cukup untuk menjadi ingatan agar orang Islam tidak melalaikan segala suruhan-Nya. Gambaran azab dengan menghantuk-hantukkan kepala ke dinding hanya kerana leka dan malas mengerjakan sembahyang cukup menjadi bukti betapa ibadah itu sangat penting dalam kehidupan seorang muslim.
*Wajib percaya dengan Hari Kiamat
Perlu difahami bahawa kehidupan dunia hanya sementara. Semua manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk diperhitungkan segala perlakuan semasa di dunia. Berdasarkan gambaran dunia laksana wanita tua yang uzur dan tidak berdaya yang dipertontonkan kepada Nabi Muhammad SAW di malam Israk dan
Mikraj, dunia kini diambang kehancuran.
Oleh itu, setiap orang Islam bukan sahaja wajib percaya dengan Hari Kiamat tetapi diperintahkan untuk membuat persiapan berupa bekalan amal kebajikan bagi menghadapi hari yang maha dahsyat itu.
Individu Muslim disaran agar meletakkan diri sebagai seorang pengembara yang dalam perjalanan bertemu Allah SWT. Sebagai pengembara kita perlu membawa pelbagai bekalan. Amal ibadat dan kebajikan yang dilakukan semasa di dunia merupakan bekalan kita ketika menuju ke akhirat bagi mengelak kesulitan untuk sampai ke destinasi yang dituju itu.
Selain itu, persembahan hadiah berupa amalan ibadah kepada Allah SWT juga mesti disediakan agar beroleh kebahagiaan yang kekal lagi abadi.
*Wajib percaya dengan azab Tuhan
Pelbagai seksaan ditunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Israk dan Mikraj tersebut. Antaranya akibat perbuatan zina, makan riba, ingkar menunaikan solat dan kewajipan berzakat, berdusta serta pecah amanah. Ia membuktikan betapa Allah SWT berkuasa untuk menghukum hamba yang ingkar dan hidup bergelumang dosa.
Semua gambaran itu diharap menginsafkan umat Islam agar sentiasa menjauhi dosa yang mengundang kemurkaan Ilahi.
Di sudut lain, gambaran kurniaan Ilahi kepada satu kaum yang menanam tanaman dan menuai pada hari yang sama seharusnya menjadikan individu Muslim memiliki semangat juang yang tinggi terutama ketika berdepan dengan godaan syaitan iaitu musuh utama kita.
*Wajib percaya dengan qada dan qadar
Dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini, manusia berdepan dengan dugaan dan rintangan yang mematangkan jiwa. Biasa didengar ada orang yang beroleh kenikmatan dan terdapat pula yang ditimpa musibah.
Nabi Muhammad SAW juga tidak lekang dengan pelbagai ujian. Ini kerana Baginda juga merupakan manusia biasa.
Sebelum dijemput naik ke langit, Nabi Muhammad SAW diuji dengan kehilangan dua individu penting dalam karier dakwahnya iaitu isterinya, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib.
Tetapi Baginda tetap tabah menghadapi ujian itu sehingga diberi ganjaran dengan dipertemukan dengan zat Allah pada malam Israk dan Mikraj yang penuh keberkatan.
Maka selayaknya umat Islam mencontohi Nabi dengan menerima segala qada dan qadar Ilahi tanpa terlalu bersedih apabila ditimpa musibah ataupun terlalu bergembira apabila diberi kenikmatan kerana ia suatu bentuk penilaian Allah SWT kepada hamba hamba-Nya.
Terdapat pelbagai lagi iktibar dan pengajaran daripada peristiwa Israk dan Mikraj yang boleh diperolehi oleh sesiapa yang dibukakan hatinya oleh Allah SWT. Namun yang lebih utama, janganlah kita hanya berseronok merayakan pelbagai hari kemuliaan Islam tanpa merenung pelajaran di sebalik setiap peristiwa berkenaan.
Marilah kita mensyukuri segala nikmat itu dengan mempertingkatkan amal ibadat dan kebaikan demi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.
PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

Thursday, July 9, 2009

BERKAWANLAH DENGAN PENJUAL MINYAK WANGI

KAWAN mempunyai pengaruh cukup besar dalam pembentukan nilai dan perwatakan diri. Malah, kesannya boleh jadi berpanjangan, dari zaman remaja hingga ke alam dewasa.Sekiranya pengaruh itu berunsur positif, tiada siapa menentang, tetapi bagaimana dengan pengaruh negatif? Tiada sesiapa menidakkan kesan dan pengaruh kawan sepergaulan serta sahabat seperjalanan.
Akhir-akhir ini, pengaruh dan kesan buruk cukup menonjol, misalnya merokok, melepak dan merempit. Di sekolah, bahkan di mana-mana institusi, perbuatan seperti itu tidak diajar, tetapi bagaimana seseorang boleh tahu merokok dan mahir merempit? Bukankah ia lahir daripada kawan? Berkawan tidaklah salah, malah dalam Islam amat digalakkan kerana menghubungkan ikatan persaudaraan. Tetapi apakah jenis kawan yang harus didekati? Kawan yang dianjurkan ialah kawan yang baik serta ikhlas kerana Allah. Sikap Islam terhadap faktor dan peranan ini dapat dilihat dengan jelas daripada beberapa al-Quran serta hadis.Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." (Surah at-Taubah: 119)Orang yang bersifat benar ialah orang yang baik, berbudi bahasa, berakhlak dan mengamalkan budaya hidup terpuji, bukan orang jahat serta suka berdusta. Ayat lain menceritakan, kawan yang bertakwa sebenarnya kekal dan bermanfaat, sementara kawan tidak bertakwa akan bermusuhan sesama sendiri. Ini memang benar kerana kawan yang bertakwa mengenal Tuhan dan menjadikan Tuhan sebagai rujukan dalam semua perkara, manakala kawan tidak bertakwa lupa Tuhan serta demi kepentingan masing-masing bercakaran, walaupun sesama sendiri. "Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa." (Surah al-Zukhruf: 67)Dalam satu ayat lagi, Allah menceritakan mengenai penyesalan orang yang bertemankan si jahat. "Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia." (Surah al-Furqan: 28)Kita sama-sama memohon perlindungan dan berharap supaya tidak termasuk golongan yang rugi bertemankan yang jahat sehingga mengakibatkan diri tersesat daripada landasan kebenaran.Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk." Memang benar perumpamaan diceritakan itu. Apabila berkawan dengan orang baik, kita juga akan menjadi baik, tetapi jika berkawan dengan yang jahat, kita juga mungkin lambat laun serupa saja.Walaupun kita tidak mengikut gelagat jahatnya, kadangkala tempiasnya terkena pada kita. Bukan sedikit orang yang berkawan dengan pencuri, juga dituduh mencuri, sedangkan dia tidak melakukannya.Dalam sesetengah keadaan juga, kawan selalu diberikan keutamaan dan kepercayaan yang lebih berbanding ahli keluarga. Malah, ada juga kawan yang dibela, manakala keluarga dicerca, sebagaimana penagih yang mahu menghilangkan ketagihannya. Kajian psikologi remaja amat jelas menunjukkan kebenaran ini.Apa pun, tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan. Perompak dan pencuri juga mencari kawan yang dapat memberikan faedah kepada dirinya.
Emel Artikel Cetak Artikel

Wednesday, July 8, 2009

LUAHAN TUN DR MAHATHIR

Saya sedih - Dr. Mahathir
PUTRAJAYA 8 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad sedih atas keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan di bawah pentadbiran beliau enam tahun lalu.
Bekas Perdana Menteri menjelaskan langkah memansuhkan dasar itu tidak dirundingkan dengan beliau sebaliknya kerajaan telah membuat keputusan lebih awal.
''Kerajaan telah membuat keputusan, saya hanya diberikan taklimat dan maklumat tentang apa yang akan dilakukan oleh kerajaan.
''Saya ada mencadangkan supaya dasar itu dikekalkan bagi peringkat sekolah menengah tetapi itu pun ditolak, mereka tidak terima sama sekali, jadi itu bukan runding tapi hanya taklimat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau memberikan reaksi demikian terhadap keputusan kerajaan hari ini memansuhkan PPSMI berkuat kuasa pada 2012.
Dr. Mahathir berkata, pemansuhan PPSMI akan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa apabila mereka tidak dapat mempelajari perkembangan ilmu Sains dan Matematik pada masa depan.
Beliau turut mempertikaikan alasan pemansuhan dasar tersebut bagi memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan kerana penggunaan semula bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik hanya melibatkan sekolah-sekolah kebangsaan.
Sedangkan, katanya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi mengajar kedua-dua subjek tersebut.
Mengenai masalah guru Sains dan Matematik yang tidak fasih berbahasa Inggeris, beliau berkata, kerajaan bertanggungjawab melatih dan mengeluarkan guru-guru yang mampu berbahasa Inggeris.
''Kita perlu menghadapi masa yang susah, ini amat penting bagi masa depan anak cucu dan negara, maka kita harus menghadapi cabaran pada peringkat awal.
''Saya yakin guru-guru kita boleh mengajar dalam bahasa Inggeris," katanya.
Mengenai langkah kerajaan mahu melatih lebih ramai guru bahasa Inggeris, beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang baik.
''Kalau boleh melatih guru-guru bahasa Inggeris kenapa tidak boleh latih guru Sains dan Matematik, kita perlu belajar kerana ia amat penting bagi masa depan anak-anak kita," katanya.
Sebenarnya, kata beliau, dasar PPSMI tidak menjadi masalah kerana sebelum ini kerajaan pernah menukar pembelajaran berasaskan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
''Pada masa itu tidak ada bantahan sedangkan ketika itu ramai guru tidak fasih berbahasa Melayu tetapi akhirnya mereka berjaya menguasai bahasa kebangsaan.
''Jadi, pada masa ini kalau kita guna bahasa campur-campur pun tak apa tetapi pada masa yang sama kita perbaiki prestasi guru," katanya.

Wednesday, July 1, 2009

38 KES BARU H1NI

38 lagi kes baru H1N1 - Ancaman selesema babi makin serius
TIONG LAI (tengah) bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican (kanan) dan timbalannya, Datuk Dr. Ramlee Rahmat menunjukkan poster selesema babi di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA - Jumlah kes baru selesema babi meningkat hampir tiga kali ganda dalam tempoh 24 jam dengan rekod 38 kes semalam berbanding hanya 14 kes kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa wabak itu setakat ini 196 kes.
Daripada jumlah itu, sebanyak 33 kes import manakala lima lagi penularan tempatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mangsa terbaru itu membabitkan 30 orang rakyat Malaysia serta lapan warga asing.
Bercakap pada sidang akhbar di sini semalam, beliau memberitahu, lima kes penularan tempatan itu membabitkan tiga pelajar Sekolah Menengah Tsun Jin, Cheras dan dua lagi kontak kepada kes import terdahulu.
"Dua sekolah, Sekolah Menengah Tsun Jin Cheras, Kuala Lumpur dan Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban masih ditutup sehingga Jumaat ini dengan 4,668 orang dikuarantin,'' jelasnya.
Tiong Lai turut mengumumkan tambahan 29 klinik kesihatan di seluruh negara dan lima hospital swasta di Lembah Klang bagi khidmat pengambilan sampel kes

Tuesday, June 30, 2009

FITNAH TELEFON BIMBIT

Fitnah telefon bimbitOleh Idris Musa idris@hmetro.com.my
SEJAJAR dengan kemajuan teknologi maklumat (IT) yang bergerak pantas, kita mempunyai banyak pilihan mendapatkan maklumat.
SEJAJAR dengan kemajuan teknologi maklumat (IT) yang bergerak pantas, kita mempunyai banyak pilihan mendapatkan maklumat.Kita tidak hanya bergantung kepada media massa untuk mendapatkan berita kerana banyak media pilihan boleh dijadikan sumber maklumat.
Paling dominan ialah telefon bimbit, kerana cirinya lebih mesra pengguna dan kos yang murah menyebabkan segala urusan menjadi mudah.Alat komunikasi itu yang diperkenalkan di Jepun 30 tahun lalu, bukan sekadar penghubung komunikasi malah dilengkapi pelbagai fungsi seperti aplikasi e-mel, siaran radio, televisyen dan capaian internet.Kajian mendapati ada 3.3 bilion pengguna telefon bimbit pada 2007 dengan 2.4 bilion pengguna mesej pesanan ringkas (SMS).Ini membuktikan telefon bimbit sebagai media interaktif popular bagi penduduk dunia.Asasnya, media itu membawa kebaikan, tetapi ia tidak sunyi daripada keburukan, khususnya apabila jatuh di tangan golongan tidak bertanggungjawab.Golongan terbabit akan menggunakannya sebagai saluran menabur fitnah, membuka aib orang lain dan menyampaikan maklumat tidak tepat hingga bertentangan dengan prinsip agama.Fitnah secara umumnya bererti menyebarkan sesuatu yang palsu seperti berita, cerita, gambar dan rakaman yang tidak benar, khusus membabitkan hal yang menjatuhkan imej dan personaliti orang lain. Dalam al-Quran istilah ini dikatakan mempunyai pelbagai makna, tertakluk kepada konteks ayat seperti bermakna syirik, ujian dan cubaan, seksa, dosa, kekufuran, pembunuhan dan kebinasaan, berpaling dari jalan benar dan sesat.Makna yang boleh difahami melalui hadis, seperti perselisihan dan peperangan, ujian dan cubaan, melalaikan dan melekakan, kemungkaran dan maksiat, tertakluk kepada keadaan.Bagaimanapun, fitnah bagi pemahaman orang Melayu ialah penyebaran berita bohong atau desas-desus mengenai seseorang yang tidak selaras dengan kenyataan dan kebenaran. Semua itu dilarang keras dalam Islam, namun disebabkan dengki, suka mengadu domba dan memutarbelitkan fakta oleh segelintir pihak menyebabkan perbuatan itu tidak pernah sunyi dalam kehidupan masyarakat. Perbuatan fitnah sangat kejam dan balasan kepada yang melakukannya sangat keras. Huzaifah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah." (Hadis riwayat Muslim)Justeru, bagi mengelak daripada terpengaruh dengan maklumat palsu dan berunsur fitnah, kita bertanggungjawab menyelidiki dulu. Ini sesuai dengan firman-Nya, bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, selidikilah kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (Al-Hujurat: 6)Selain itu, blog iaitu laman sesawang yang diselenggara secara individu, bagi menyampaikan maklumat dan komentar mengenai sesuatu topik, terutama yang menarik minat masyarakat turut diminati masyarakat.Blog memberikan kebebasan kepada pemiliknya memuatkan maklumat termasuk berbentuk gambar dan klip video digemari, namun kebebasan itu bukanlah lesen besar untuk menabur fitnah, membuat tuduhan, hasutan dan mencetuskan suasana tidak harmoni.Laman sesawang terbabit seharusnya tidak menjadi gelanggang untuk tuduh-menuduh yang akhirnya menimbulkan suasana tidak tenteram, bahkan setiap komentar harus diberikan secara adil.Islam melarang umatnya terbabit dengan perbuatan keji dan tidak membina, termasuk fitnah dan tuduhan palsu. Malah, dalam bab menuduh perbuatan keji (zina), ada hukuman qazaf iaitu dikenakan 80 kali sebatan di khalayak ramai. Hukum qazaf dikenakan jika penuduh perbuatan keji itu gagal mengemukakan empat orang saksi yang adil iaitu tidak fasik. Justeru, pengguna media baru, sama ada generasi baru atau lama wajar beretika berpandukan lunas agama dan nilai kemasyarakatan, bukannya menurut kehendak hedonis atau keseronokan semata-mata.
Emel Artikel Cetak Artikel

Monday, June 29, 2009

SPA TERAPUNG

Keunikan spa terapung
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
Avi Spa
SEBAGAI tempat penginapan eksklusif yang menjanjikan kunjungan istimewa dan mendamaikan, banyak hotel dan resort di pantai peranginan di negara ini berusaha menyediakan layanan terbaik untuk memanjakan tetamunya.
Salah satunya adalah kemudahan spa yang kini muncul hampir di setiap hotel dan resort terutama yang bertaraf lima bintang seperti apa yang ditawarkan di Avillion, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Keunikan spa yang dinamakan sebagai Avi Spa itu bukan sembarangan kerana dibina berkonsepkan spa terapung di atas laut dengan binaan bangunan dua tingkat seluas 650 meter persegi.
Menghadap keindahan Laut Selat Melaka yang terbentang luas, spa yang dilihat dari luar seolah-olah sebuah rumah kaca ini menyerlahkan aura keharmonian lewat suara desiran ombak yang menghempas pantai.
Avi Spa yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Hotel Avillion itu juga unik dari segi struktur binaannya termasuk dekorasi yang berkonsepkan kontemporari Baba Nyonya dengan pelbagai fasiliti membangkitkan keharmonian antara alam dan manusia.
Selain itu, variasi rawatan spa dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ditawarkan untuk menenangkan fikiran dan mengembalikan semangat para pelanggan terutama setelah seharian penat berkerja.
Bagi mereka yang hobinya merawat tubuh di spa mungkin akan merasai kelainan apabila melangkah ke sini.
Menurut Pengurus Spa, Ayuko Suzuki, selain menawarkan rawatan terbaik Avi Spa berusaha menjanjikan pengalaman hebat pada setiap kunjungan kepada pelanggannya.
"Kelainan Avi Spa ialah apabila pelanggan sudah mula merasai 'nikmat rawatannya' sebaik saja melangkah masuk ke sini. Terbahagi kepada tiga sudut iaitu Avi spa suites, Avi spa space dan Avi lounge, setiap ruangan mempunyai tarikan tersendiri.
"Namun ruang balkoni terbuka yang menghadap laut dengan pandangan mempesonakan di tingkat atas yang berbentuk seperti pulau kecil paling disukai tetamu. Ini kerana selepas mendapat rawatan mereka boleh bersantai di situ untuk menghirup udara nyaman," tambahnya.
Barangkali benar kata Suzuki, ruangan tersebut memang sesuai untuk dijadikan tempat bersantai terutama selepas mendapatkan rawatan apatah lagi apabila angin laut bertiup nyaman dan mata dihidangkan dengan pemandangan yang mempesonakan terutama ketika matahari hampir terbenam.
Tidak ketinggalan, Avi Lounge yang menyediakan menu yang sihat dan segar bagi setiap pelanggan seperti tea herba dan snek yang sedap.
Selain itu, Avi suite pula menempatkan tujuh kamar spa mewah termasuk dua kamar khas untuk pasangan yang dilengkapi dengan beranda terbuka dan tub mandian yang membolehkan pelanggan merawat badan sambil menikmati keindahan laut.
Dari segi terapi, terdapat lebih 26 rawatan yang ditawarkan di Avi Spa dan kebanyakannya menggunakan aroma signatur Avi iaitu berasaskan alam semula jadi.
Setiap rawatan yang disediakan juga berteraskan tiga konsep iaitu Avi Tradition, Avi Marine dan Avi Signatur. Avi Tradition misalannya adalah perawatan yang diinspirasikan daripada elemen Baba dan Nyonya yang diadun dengan konsep rawatan Melayu dan Cina tradisional.
Sementara, Avi Signatur pula disampaikan dengan salah satu daripada empat mood bersesuaian dengan menggunakan seratus peratus minyak tulen dan Avi Marine pula meliputi rawatan yang menggunakan bahan berasaskan laut.

Thursday, June 25, 2009

Lampin Pakai Buang

Mencegah ruam lampin
Lampin pakai buang Huggies UNTUK bayi yang baru lahir.
BAKAL ibu bapa kini tidak berkira menyediakan keperluan untuk bayi yang bakal dilahirkan asalkan anak mereka mendapat hanya yang terbaik. Nilai wang bukan menjadi ukuran sebaliknya ibu bapa mula mengutamakan kualiti yang ditawarkan oleh sesuatu produk.
Antara keperluan yang paling diberi perhatian ialah lampin pakai buang. Kulit bayi baru lahir yang lembut dan sensitif seharusnya mendapat lampin pakai buang terbaik dan telah diuji secara klinikal selamat untuk kulit mereka.
Pengeluar lampin Huggies, Kimberly-Clark, telah memperkenalkan lampin Huggies NewBorn/Small yang direka khas dan terbukti secara klinikal dapat membantu mencegah bayi baru lahir dari dijangkiti ruam lampin.
Hasil kajian Kimberly-Clark mendapati, ruam lampin adalah satu perkara yang sering dialami oleh bayi baru lahir, maka tidak hairanlah mengapa pencegahan ruam lampin adalah perkara yang menjadi perhatian ibu bapa sewaktu membuat keputusan memilih lampin pakai buang.
Huggies NewBorn/Small dapat membantu mengurangkan kebimbangan sewaktu menjaga mereka sepanjang tempoh beberapa bulan pertama selepas kelahiran.
Permukaan luar lampin Huggies ini telus udara sekali gus membenarkan aliran udara di sekeliling bahagian punggung bayi agar ia kekal kering dan segar.
Bahagian tepi yang lembut dan kering memberikan keselesaan kepada bayi, manakala pad serapan tinggi mampu menahan kebasahan selama lebih 12 jam.
Satu lagi ciri terbaik lampin Huggies ialah pita pelekat yang amat lembut yang boleh dipakai buka dengan mudah tanpa menjejaskan kulit bayi yang sensitif.

Lampin Pakai Buang

Mencegah ruam lampin
Lampin pakai buang Huggies UNTUK bayi yang baru lahir.
BAKAL ibu bapa kini tidak berkira menyediakan keperluan untuk bayi yang bakal dilahirkan asalkan anak mereka mendapat hanya yang terbaik. Nilai wang bukan menjadi ukuran sebaliknya ibu bapa mula mengutamakan kualiti yang ditawarkan oleh sesuatu produk.
Antara keperluan yang paling diberi perhatian ialah lampin pakai buang. Kulit bayi baru lahir yang lembut dan sensitif seharusnya mendapat lampin pakai buang terbaik dan telah diuji secara klinikal selamat untuk kulit mereka.
Pengeluar lampin Huggies, Kimberly-Clark, telah memperkenalkan lampin Huggies NewBorn/Small yang direka khas dan terbukti secara klinikal dapat membantu mencegah bayi baru lahir dari dijangkiti ruam lampin.
Hasil kajian Kimberly-Clark mendapati, ruam lampin adalah satu perkara yang sering dialami oleh bayi baru lahir, maka tidak hairanlah mengapa pencegahan ruam lampin adalah perkara yang menjadi perhatian ibu bapa sewaktu membuat keputusan memilih lampin pakai buang.
Huggies NewBorn/Small dapat membantu mengurangkan kebimbangan sewaktu menjaga mereka sepanjang tempoh beberapa bulan pertama selepas kelahiran.
Permukaan luar lampin Huggies ini telus udara sekali gus membenarkan aliran udara di sekeliling bahagian punggung bayi agar ia kekal kering dan segar.
Bahagian tepi yang lembut dan kering memberikan keselesaan kepada bayi, manakala pad serapan tinggi mampu menahan kebasahan selama lebih 12 jam.
Satu lagi ciri terbaik lampin Huggies ialah pita pelekat yang amat lembut yang boleh dipakai buka dengan mudah tanpa menjejaskan kulit bayi yang sensitif.

Wednesday, June 24, 2009

SILATURAHIM KERANA ALLAH

Silaturahim kerana Allah lebih kuat, teguh
Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Mereka yang harapkan ganjaran duniawi daripada teman bukan sahabat sejati KERANA orang mukmin adalah bersaudara, maka wanita tidak terkecuali dalam membina ukhwah sesama Muslim. Ikatan persahabatan yang tulus dan ikhlas berbeza dengan cara dilakukan oleh bukan Muslim kerana silaturahim yang dibina kerana Allah lebih kuat dan teguh. Ia disebabkan iman setiap orang mukmin kepada Allah disambungkan kepada saudara seagama menjadikan pertautan hati dan jiwa serta akal dan rohani yang tiada taranya. Sebab itulah ada persahabatan yang erat dan berpanjangan melebihi hubungan persaudaraan.
Sesama sendiri, Muslimah memiliki ikatan hati yang sangat kuat kerana ukhwah disebabkan cinta kepada Allah. Mereka saling mengingatkan antara satu sama lain, berkongsi rasa dan duka, gembira dan suka. Daripada hubungan persahabatan juga manisnya iman dapat dirasa sehingga ada yang berubah pendirian dan sikap untuk lebih menghampiri penciptanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Ada tiga hal yang apabila ada pada seseorang, nescaya dia akan merasakan manisnya iman; menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya. Dan apabila mencintai seseorang, dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah. Dan dia enggan kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya seperti dia enggan dilemparkan ke neraka." Orang yang merasai manisnya iman sukar berkongsi apa yang dirasai dengan orang lain melainkan perasaan sama turut dialami. Yang pasti, Nabi Muhammad digelar kekasih Allah adalah manusia yang paling dekat hatinya dengan Allah kerana Baginda mencintai Allah melebihi yang lainnya dan sanggup menghadapi bahaya dan bencana semata-mata untuk mempertahankan agama dan mesej yang dibawa dari Yang Maha Esa.
Umat Islam pula akan merasai manisnya iman dengan mencintai Allah dan Rasul lebih daripada segala-galanya. Bayangkan jika seseorang wanita menyintai suaminya tanpa berbelah bahagi sehingga sanggup meninggalkan agama, keluarga dan tanah air semata-mata untuk sentiasa berada di samping suami. Itulah tanda cinta yang tiada bandingannya. Situasi sama perlu dirasai jika kita mencintai Allah dan Rasul sehingga cinta itu tidak terungkap oleh kata-kata, sebaliknya kita akan sentiasa gembira dan tenang apabila mendampinginya dan menjauhi apa yang tidak disukai kerana bimbang dibenci. Wanita yang menjalin persahabatan sesama saudara seagama perlu mengambil kesempatan untuk merasai manisnya iman dengan membina ukhwah dan mencintai sahabat kerana Allah. Walaupun tiada di depan mata, silaturahim tetap terbina dengan ikatan hati yang kukuh jika kita sentiasa menghampiri-Nya kerana iman kepada Allah disambungkan kepada saudara seagama. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 10 bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara".
Kesibukan dengan urusan harian dan komitmen kepada keluarga sepatutnya tidak membataskan wanita untuk menjalin hubungan persahabatan, tambahan pula kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini memudahkan lagi perhubungan tanpa memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Ada sahabat yang memerlukan kita untuk berkongsi masalah dihadapi dan meminta pertolongan untuk mengatasi kesusahan yang membelenggu. Hubungan yang erat dan ikhlas tentunya dapat membantu sahabat dalam kesusahan dan sedikit sebanyak memanfaatkan diri kita yang dilahirkan ke dunia kepada orang lain. Jangan pula ada wanita yang mengambil kesempatan untuk membina hubungan sesama wanita melampaui batasan sepatutnya. Ada segelintir yang mendakwa mencintai sahabat wanita sehingga sanggup menjalin hubungan songsang yang bertentangan dengan agama dan norma, bahkan ada yang meminta cerai suami untuk 'hidup bersama' dengan teman wanita yang dicintai. Mereka mengambil kesempatan di atas jantina yang serupa untuk tinggal bersama tanpa menimbulkan syak wasangka tetapi hidup dengan nilai buruk dan menjijikkan, seolah-olah tidak mengetahui akibat apa yang dilakukan di akhirat nanti. Tidak salah mencintai sahabat baik, mengasihi dan menyayanginya seperti kita dicintai, dikasihi dan disayangi tetapi biarlah kerana Allah, tidak melencong daripada landasan agama dan sentiasa saling mengingatkan azab yang pedih. Bahkan orang yang mengasihi kerana Allah mendapat kemuliaan, kebanggaan dan kehormatan pada saat Allah mengumpulkan mereka pada hari akhirat dan Allah akan menaungi mereka pada hari itu. Persahabatan jujur lahir daripada hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa melainkan keredaan Allah. Sahabat sebegini mempunyai hati yang bersih dan rohani yang suci. Mereka tidak terganggu dengan mengadu domba, umpat keji, hasad dengki dan caci maki. Mereka mampu menyingkirkan bisikan duniawi yang penuh syahwat dan menghancurkan agenda iblis yang sentiasa ingin membinasakan silaturahim sesama Muslim. Sebaliknya, sahabat yang keji sentiasa mengharapkan ganjaran duniawi dan menaburkan fitnah dan mencaci maki jika apa yang diingini tidak diperoleh. Mereka lupa Allah mengangkat darjat orang yang mengasihi kerana Allah, bukan kerana wang dan pangkat. Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah bersabda maksudnya; "Bahawasanya ada seorang lelaki yang hendak mengunjungi saudaranya di desa yang lain, maka Allah mengutus malaikat untuk menemuinya di sebuah jalan yang akan dilaluinya. Selepas bertemu, malaikat bertanya kepadanya, "Ke manakah kamu akan pergi?" Lelaki itu menjawab, "Aku akan menemui saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi, "Apakah ada kenikmatan dunia yang kamu harapkan darinya?" Lelaki tadi menjawab, "Tidak demikian, tetapi kerana aku mencintainya kerana Allah. Malaikat berkata, "Sesungguhnya aku adalah malaikat yang diutus Allah kepadamu untuk mengkhabarkan sesungguhnya Allah mencintaimu sebagai mana kamu mencintai saudaramu kerana-Nya." (Hadis riwayat Muslim) Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia
(Usim)

Saturday, June 13, 2009

stevia ganti gula

Stevia boleh ganti gula



Tanaman herba yang cantik untuk landskap.

Daun manis pengganti gula untuk pesakit kencing manis dikategorikan sebagai pokok renek sesuai sebagai penghias penutup bumi

KONSEP Edible Garden atau Taman Ramuan menitik beratkan setiap pokok yang ditanam boleh dijadikan makanan, ubat selain menghias laman.

Untuk itu, ada beberapa pokok yang dikategorikan sebagai tanaman herba boleh dijadikan hiasan menarik dalam Taman Ramuan termasuk stevia atau daun manis yang menjadi pilihan ramai kebelakangan ini.


Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.

Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi.

Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil.

DARI atas, Stevia kayu khasiat pengganti gula; Bunga putih kecil stevia; Tanam stevia dalam pasu mampu lebih teratur.

Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih apabila matang.

Pokok ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Maka, pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.

Stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.

Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana.

Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Di Eropah, kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat.

Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya,

Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.

Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.

Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukos, bermakna ia baik untuk pengidap diabetes.

Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi ejen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.

Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu.

Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.

Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada.

Di Amerika Syarikat, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana.

INFO: Stevia

  • Tanah kompos, tanah campuran bukan tanah liat yang menakung air

  • Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi serta perlu disiram dua kali sehari dalam cuaca panas.

  • Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

  • Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini ialah 1/4 sudu makan. Daunnya yang dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.

    Nama Tempatan: Stevia
    Nama Saintifik: Stevia rebaudiana

    Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa,

    Sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf.

    Famili: Astereacea
    Asal: Paraguay

    Antara ciri-ciri stevia ialah:
    Pemanis semula jadi
    Menurunkan kadar gula dalam darah
    Melawaskan kencing
    Menurunkan tekanan darah
    Membunuh bakteria
    Membunuh kulat
    Membunuh virus
    Mengurangkan keradangan
    Membantu menurunkan berat badan.


  • petikan drp Rohaniza Idris.

    Thursday, May 28, 2009

    WANG & HARTA TIDAK BERGUNA

    Apabila kita mendengar salah seorang anggota keluarga ataupun rakan-rakan kita yang ditimpa penyakit,kita mungkin berfikir ini mungkin tidak akan berlaku pada diri kita. Kita perlulah sedar bahawa kita ini bukannya kebal kerana kita mungkin akan mengalami nasib yang sama sebagaimana anggota keluarga ataupun rakan-rakan kita yang diserang penyakit.
    Berdasarkan kepada statistik,setiap 4 orang rakyat Malaysia,1 daripadanya berkemungkinan akan mengidap barah dalam seumur hidup. Ini tidak termasuk penyakit-penyakit lain seperti kencing manis,sakit jantung,darah tinggi,buah pinggang dan sebagainya. Ketika kita masih sihat kita mungkin tidak terfikir semua ini tetapi apabila seseorang sudah itu ditimpa penyakit, pada masa itu semuanya sudah tidak berguna lagi. Bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur.
    Pada masa itu wang dan harta sudah tidak menjadi penting. Kegembiraan dan keseronokan yang kita kecapi selama ini sudah berlalu dan perkara-perkara yang dapat dibuat semasa sihat dulu menjadi begitu berat untuk dilakukan apabila sudah ditimpa penyakit.
    Oleh itu semasa kita sihat ini kita sepatutnya beringat kerana penyakit boleh dijauhi sekiranya kita berpandukan petua-petua yang mudah dan simple saja. Selai dengan menggunakan teknoloji terkini,banyak petua yang boleh kita lakukan tanpa mengeluarkan belanja yang tinggi misalnya dengan mengamalkan permakanan seimbang dan melakukan riadah.
    Melakukan riadah selain meerupakan satu cara berjimat,ia adalah satu petua yang berkesan untuk kesihatan. contohnya berjalan kaki ke pejabat,berkebun,menaiki tangga tanpa menggunakan lif ketika di pejabat dan tempat lain. Selain itu kita perlu juga mengamalkan gaya hidup yang sihat. Gaya hidup yang sihat bukan saja perlu diterapkan ketika melangkah alam remaja tetapi perlu dimulakan ketika zaman kanak-kanak lagi.
    Sebagai ibubapa kita perlu peka dan berpengetahuan untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam keluarga. ibubapa perlulah mendedahkan kepada anak-anak pentingnya penjagaan kesihatan. Kepada anak yang meningkat remaja pula perlulah didedahkan tentang kehidupan yang bermoral agar mereka tidak terjebak kepada gejala sosial seperti merokok,dadah,sek rambang dan sebagainya.
    Menjaga kesihatan sebenarnya sangat mudah dilakukan tetapi perlulah berterusan selagi hayat dikandung badan.

    REMPIT VS H1N1

    Isu mat rempit tak sudah-sudah dibincangkan dikalangan seluruh masyarakat di negara ini. Ia seolah-olah telah menjadi satu wabak penyakit sosial yang merebak menyerang minda anak-anak muda dewasa ini. Keadaan ini dilihat seolah-olah ianya lebih bahaya daripada selsema babi jika dilihat dari segi kepantasannya merebak dan angka kematian yang dicatatkan setakat ini.
    Melihatkan aksi yang begitu berani dalam berbagai posisi yang dipaparkan sama ada melalui media cetak atau pun tv penunggang dan pemboncengnya dirasakan akan menemui kecelakaan. Dah tentunya kita semua akan merasa kerugian kerana jiwa dan jasad remaja yang mempunyai keberanian seperti itu mati sia-sia di jalanraya. Lebih membimbangkan ianya akan melibatkan orang yang tidak berdosa kerana perbuatan mereka.
    Apa yang disoalkan sekarang ini ialah apakah langkah-langkah yang kita ambil sekarang ini berkesan? Dirasakan tidak cukup dengan melakukan sekatan-sekatan jalanraya atau pun tangkapan-tangkapan sekumpulan mat rempit pada sesuatu masa. Apa yang dilihat ialah sekatan jalanraya oleh pihak polis telah menjadi satu medan cabaran yang baru dan menjadi ukuran kehebatan jika mereka berjaya menembusinya. Rasanya kita semua harus memikirkan bagaimana satu tindakan yang drastik dan holistik bagi membenteras gejala merempit dari terus menerus berleluasa.
    Isu rempit ini adalah melibatkan dua komponen utama iaitu manusia dan mesin. Gabungan dua komponen inilah yang menyebabkan gejala merempit ini ujud.

    Tuesday, May 19, 2009

    KEBURUKAN BABI LA

    Memang kita semua tahu babi tu salahsatu dari 2 jenis binatang yang diharamkan oleh agama islam selain anjing. Bahkan kalau kita tersentuhnya apalagi sengaja memegangnya wajib la kita mencucinya sebanyak 7 kali termasuk sekali dengan menggunakan tanah atau lumpur. Siapa sangka di akhir zaman ini babi telah mendatangkan masalah kepada kehidupan manusia di seluruh dunia. Agama islam meletakkan anjing dan babi sebagai najis yang berat (mughallazah) dan ditegaskan agar umat islam menjauhi sentuhan kedua-dua binatang ini.
    Penyakit bawaan yang dikaitkan dengan babi yang dikenali sebagai Influenza A (H1N1) adalah penyakit sistem pernafasan akut yang biasanya menjangkiti babi,telah tersebar melalui udara (batuk,bersin) atau sentuhan secara langsung.
    Ilmu perubatan moden menegaskan sesiapa yang memakan daging babi akan terdedah kepada berbagai penyakit seperti cacing pita,kulit berbintik,sakit sendi dan hilang ghairah. Badan babi mengandungi virus-virus berbahaya yang menjadi punca penyakit Japanese Encephalitis,virus West Nite Incephalitis,resicular somatis,penyakit kuku dan mulut serta sakit radang hati.

    Monday, May 4, 2009

    BABI PUNYA HAL

    Pada 18 Mac 1999 satu virus baru ditemui di Kampung Sungai Nipah,Lukut,Negeri Sembilan. Virus yang dinamakan sempena kampung tersebut iaitu NIPAH telah menyebabkan wabak JE (Japaness Encaephalitis) muncul sehingga menyebabkan ratusan nyawa maut kerana wabak ini. Wabak ini dikatakan berpunca daripada ternakan babi tetapi disebarkan oleh nyamuk kolik yang merupakan viktor kepada virus tersebut. Virus nipah pula dipercayai disebarkan melalui sentuhan secara langsung seperti cairan badan (darah),air kencing dan air liur babi. Kajian telah menunjukkan pembiakan nyamuk kolik ini ada kaitan dengan cara ternakan babi yang kotor dan sistem pembuangan najis yang tidak teratur menyebabkan wabak JE tersebar dengan cepat dan sukar untuk dikawal.



    Kini satu lagi wabak berkaitan dengan babi muncul kembali."SELSEMA BABI". Sebelum itu pun ujud "SELSEMA BURUNG". Kita fikir burung saja yang selsema tetapi rupa-rupanya babi pun selsema. Virus selsema burung pertama kali dikesan di Asia sekitar tahun 2003. Walaupun tidak sebahaya selsema babi tetapi kira-kira 250 nyawa telah terkorban dan ianya merebak ke Eropah.



    Menurut kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) virus selsema babi ini adalah lebih bahaya dari selsema burung atau JE. Selsema Babi ini adalah gabungan virus babi,burung dan manusia. Gabungan ketiga-tiga virus ini tentunya mempunyai kekuetan yang luar biasa. Jadi ia adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan oleh Pihak Berkuasa.

    Wednesday, April 29, 2009

    LESU KERANA PANAS

    Dalam keadaan sekarang dimana keadaan panas dan hujan yang tidak menentu menyebabkan kita semua selalu demam. Semua orang tidak terkecuali kanak-kanak,orang muda,orang tua tidak terlepas dari gangguan daripada perkara-perkara tersebut. Perkara yang akan saya utarakan di sini ialah berkaitan LESU KERANA PANAS.
    Lesu kerana panas berlaku kepada orang yang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi sedangkan ia tidak biasa dengan keadaan seperti itu. Di antara gejaalanya termasuk berpeluh terlalu banyak,pening-pening,rasa nak pitam,terlalu lemah,pucat(berbeza dengan pitam kerana panas,yang terdapat kulit berwarna merah),kulit lembab (yang terasa sejuk),denyutan nadi yang lemah dan pernafasan yang cetek. Suhu badan pesakit (yang diukur di bawah lidahnya) biasanya normal.
    Apa yang berlaku ialah banyak darah berkumpul di bawah kulit untuk menyejukan tubuh. Ini mengurangkan jumlah darah yang ujud untuk dipam oleh jantung sehinggakan tidak cukup untuk membekalkan keperluan otak. Ini menyebabkan kecendrungan untuk pengsan.

    APA YANG HARUS DILAKUKAN.

    1. Baringkan pesakit di tempat yang sejuk daalam kedudukan yang paling selesa. Tanggalkan pakaian yang berlapis dan longgarkan sebarang pakaian yang sendat. Letakkan kain lembab di atas dahi dan pergelangan tangan dan arahkan kipas angin ke tubuhnya.

    2. Angkatkan kaki pesakit dan urut ke arah badan untuk melancarkan peredaran darah.

    3. Jika pesakit tidak berapa sedar bukakan botol air amonia harum dekat hidungnya untuk bertindak sebagai perangsang.

    4. Jika pesakit sedar sekarang,beri pil garam melalui mulut atau beri dia minum segelas air garam(garam yang dilarutkan dalam air,empat sudu teh setiap liter air). Jika dia tidak sedarkan diri beri larutan garam yang lebih cair(dua sudu teh seliter air) melalui enema.

    5. Sementara pesakit sedang pulih,dia harus bertenang di tempat yang sejuk,sambil masih berbaring separuh bersandar. Dia harus mengelakkan diri daripada suhu yang tinggi selama beberapa hari.

    Tuesday, April 14, 2009

    KITAR SEMULA DEMI MASA DEPAN

    Setiap hari,kita menghasilkan 15,000 tan sampah. Tetapi kita sebenarnya semakin kesempitan ruang untuk menampungkan. Kita biasanya tidak memikirkan di manakah sampah sarap kita di buang atau apakah yang terjadi kepadanya sebaik sahaja ia di pungut. Hakikatnya lori sampah tidak dapat menghapuskannya begitu saja kerana ia biasanya akan diangkut ke tempat pelupusan sampah.

    Kapisiti tempat pelupusan sampah semakin terhad. Dimasa yang sama jutaan RM dihabiskan untuk urusan mengangkut dan melupuskan sampah. Akhir-akhir ini timbul pula isu pencemaran,resapan bahan kimia yang mendatangkan kesan terhadap sumber air bawah tanah. Sudah tiba masanya kita semua bersama-sama menangani masalah sebelum ianya terlewat. Oleh itu FIKIR DULU SEBELUM BUANG. Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita.

    APA ITU KITAR SEMULA? Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul,memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap sampah.

    KENAPA KITAR SEMULA?

    1. Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Ketika ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Tiap satunya berkeluasan di antara 20 - 150 ekar. Apabila satu tempat itu sudah penuh satu tempat baru yang lain akan dibuka. Lama kelamaan tempat-tempat pelupusan ini akan mencerobohi ruang hidup manusia.

    2. Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih. Sampah ini jika dibiarkan akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit contohnya tikus dan gagak. Dengan kitar semula kita dapat mengawal penyakit dari merebak.

    3. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran. Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah,lori dan tempat pelupusan merupakan salah satu punca pencemaran iklim tropika. Kitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

    4. Kitar semula untuk menjimatkan kos. Dalam jangka panjang,mengitar semula dapat menjimatkan berbanding usaha meyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Satu program kitar semula yang cekap akan memannfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan akan dikurangkan.

    5. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita. Malaysia mengimport lebih 25,000 tan kertas buangan setiap bulan bagi menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan.

    6. Kitar semula untuk menjimatkan tenaga. Kitar semula satu tin minuman adalah sama dengan tenaga yang diguna untuk memasang TV selama 3 jam. Kitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru dapat dijimatkan sehingga 32%.

    7. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan. Untuk penghasilan 1 tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Dengan ini ancaman kekurangan oksijen dan udara yang bersih untuk manusia akan lebih terjamin.

    BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA.

    1. ProdukTin Aluminium & Tin Keluli.

    2. ProdukKaca.

    3. Produk Plastik.

    4. Produk Kertas.

    CARA DAN TEMPAT UNTUK KITAR SEMULA.

    1. PENGUTIP SAMPAH.
    Anda cuma perlu mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula daripada yang lain. Pengutip sampah akan lakukan yang selebihnya.

    2. TONG KITAR SEMULA.
    Masukkan bahan kitar semula ke dalam tong kitar semula berwarna. Tong-tong ini boleh didapati di kompleks-kompleks perniagaan,stesen-stesen minyak,bangunan-bangunan pejabat dan balai raya. Kemudahan ini disediakan untuk menampung bahan kitar semula dalam jumlah yang kecil hingga sederhana saja.

    3. PUSAT KUTIPAN.
    Bahan kitar semula yang lebih banyak dan lebih besar perlu dihantar ke pusat-pusat ini. Terdapat juga beberapa pusat kutipan swasta yang membeli bahan kitar semula sebagai usaha menyokong kempen ini.

    CARA MEMULAKAN KEMPEN KITAR SEMULA DI RUMAH DAN DI PEJABAT.

    - Ubah cara anda membuang sampah.
    jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama. asingkan sampah yang boleh dikitar semula daripada yang lain. ambil sedikit usaha untuk mengasingkan kaca,plastik,tin aluminium,tin keluli dan kertas.

    - Amalkan sistem yang mudah. sediakan tong atau beg plastik di tempat-tempat yang strategik di rumah atau pejabat.

    - Pilihan bekas. gunakan sebarang jenis tong atau beg. contohnya kotak kadbod,kotak kayu,bakul plastik dan rotan,tong sampah berpenutup,beg plastik,sarung guni,beg sampah plastik dll.

    - Libatkan ahli keluarga dan rakan sekerja. amalan akan menjadi lebih mudah jika setiap orang komited untuk mengitar semula.

    - Pastikan ia ringkas. amalkan konsep kitar semula secara perlahan-lahan,selangkah demi selangkah. tunjukkanlah kesungguhan anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda.

    Monday, April 13, 2009

    JIMAT ELEKTRIK RINGAN BEBAN

    Sebagai seorang pengguna yang bijak kite perlu mengamalkan sikap berjimat cermat agar bayaran bil bulanan tidak menjadi satu problem yang agak membebankan pada setiap bulan. Penggunaan barangan elektrik menjadi satu keperluan kepada semua orang masa kini. Betul tak? Di dalam sesebuah rumah tenaga elektrik menjadi nadi untuk mengerakkan segala-galanya contohnya memasak,membasuh,mengering,membersih,hiburan dan juga kerja-kerja pejabat yang dibuat di rumah. Tahap penggunaan tenaga elektrik ini boleh dikurangkan jika kita sebagai pengguna di rumah mengetahui cara penggunaan secara berhemah.

    Jadi pada kesempatan ini saya cuba mengingatkan seluruh pengguna agar dapat mengambilkira beberapa cara yang rasanya dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga yang teramat penting ini.


    1. Penggunaan Elektrik Secara Am.

    - Tutup semua lampu dan peralatan apabila tidak gunakan. Cabut plugnya.

    - Benarkan pengaliran udara secara semulajadi di dalam rumah. Tidak menggunakan kipas atau pendingin udara.

    - Sentiasa periksa kadar penggunaan peralatan. Makin tinggi kadar tenaga yang digunakan semakin tinggi la kosnya.

    - Praktikkan penggunaan tenaga yang cekap khususnya peralatan rumah.


    2. Penggunaan Cahaya Di dalam Rumah.

    - Gunakan mentol dan lampu yang jimat tenaga.

    - Gunakan kadar cahaya yang betul ketika membaca (yang terang),menonton tv atau video (yang malap).

    - Gunakan kadar wwat yang rendah pada kawasan koriddor dan stor kerana ruangan ini tidak perlu terang.

    - Lampu kalimantang lebih sesuai digunakan barbanding lampu pijar.


    2 B Cntnew......

    Wednesday, April 1, 2009

    CERITA LIPUR LARA

    al-kisah pada satu pagi yang indah yang damai nan permai duduklah sepasang suami isteri yang bahagia iaitu Pak Pandir dan Mak Andeh. Satu-satunya anak kesayangan mereka iaitu Londeh belum lagi bangun tidur. Sambil menikmati juadah yang berupa lempeng dan sambal tumis dilengkapkan dengan air kopi-o, Pak Pandir mula membuka kata."Eh..Andeh,awak tak rasa pelik ke dengan kelakuan anak awak si Londeh tu"."Eh..awak ni,anak kita pulak kan ke anak awak juga".balas Mak Andeh merengus."iya lah".jawab Pak Pandir.sambung Pak Pandir lagi,"Awak ni Andeh tak risau ke dengan si Londeh tu,ya la kejap dia nak jadi businessmanla,kejap tu nak jadik professor,pas tu nak jadik artis pulak,heran la aku"."Ahh..apa pulak nak dirisaukan,asal dia jadik orang,udah le".sahut Mak Andeh.

    "Gini,Andeh...saya ade satu akal.Macamana kalau kita uji minda anak kita si Londeh tu".congak Pak Pandir."Nak uji macamana?"tanya Mak Andeh. "Macam ini,kita pura-pura tinggalkan satu nota pada Londeh mengatakan kita pergi keluar kota dan akan pulang pada tengah malam ni. Berhampiran dengan nota tu, kita letakan not RM50,sebuah buku dan sebotol arak. Kita berdua akan membuat intaian apa yang Londeh akan pilih.Kalau dia pilih not RM50,kita tahulah Londeh nak jadi businessman,kalau dia pilih buku tentulah nak jadi professor,kalau dia pilih botol arak rasanya dia pilih jadi artis".terang Pak Pandir. Terkulat-kulat Mak Andeh mendengar plan Pak Pandir tu.

    Dalam tempoh 10 ke 15 minit kemudian Pak Pandir dan Mak Andeh pun menyiapkan benda-benda yang disebutkan oleh pak Pandir tu dan disusunkan di atas meja makan di ruang tamu. Salepas menulis nota yang berbunyi "PAPA DAN MAMA KELUAR KOTA DAN PULANG MALAM NI" ,mereka berdua pun bersembunyi di atas loteng untuk memerhatikan apa yang dibuat oleh anak mereka si Londeh tu.

    Tidak lama kemudian kemudian si Londeh pun bangun dari tidurnya dan menuju ke meja makan untuk menjamah sisa-sisa sarapan yang disediakan oleh Mak Andeh tanpa menyedari parentnya sedang memerhatikannya dari atas loteng. Londeh membaca nota yang di atas meja kemudian ia mencapai not RM50 lalu di masukkan ke dalam poket seluarnya lalu kembali ke dalam bilik.Fikir pak Pandir "ooo.. nak jadi businessman rupanya"bisiknya pada Mak Andeh.Mak Andeh cuma mengangguk-ngguk aje mengiakan. Tiba-tiba siLondeh keluar dari biliknya ,terus mencapai buku dan menonggak botol arak. Spontan pak Pandir menepuk dahinya."FUH"...."Nape pak Pandir?"tanya Mak Andeh. "Londeh nak jadik orang politikla.."

    Tuesday, March 31, 2009

    LELAKI YG UNGGUL

    Jadilah UNGGUL bukannya TUNGGUL.Motivasi diri ini adalah untuk membangkitkan seluruh kehebatan lelaki agar layak dipanggil LELAKI. Definisi unggul disini ialah apa juga yang boleh menjadikan seorang lelaki itu tuntas dan sangat bermakna dalam kehidupannya. Lelaki bukan saja pengasih,penyayang dan bertanggungjawab kepada isteri,anak-anak,ibubapa,kekasih,adik-beradik,saudara-mara,anak buah,mertua dan sebagainya. Bukan itu saja bahkan pada kawan-kawannya,rakan sekerja dan yang penting pada AGAMAnya.